Sabtu, 29 Januari 2011

Pengertian Psikologi Pendidikan

Bidang psikologi pendidikan adalah salah satu bidang psikologi yang menggabungkan dua bidang yaitu psikologi dan pendidikan.
-          Borich dan Tombari(1997) mengatakan psikologi pendidikan adalah satu disiplin yang memfokuskan kajiannya kepada pengetahuan teoritikal dan pengetahuan empirikal mengenai pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah(ruangan).
-          Clifford mengatakan psikologi pendidikan sebagai aplikasi pendekatan – pendekatan psikologi bagi menyelidiki proses pendidikan.

   Kesimpulannya :
dapat dikatakan  psikologi pendidikan ialah kajian perlakuan atau tingkah laku manusia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

   Tujuan Psikologi pendidikan :
            Para ahli psikologi berpendapat bahwa matlamat ahli psikologi tertumpu kepada empat bidang utama yaitu memerihalkan,menerangkan,mengawal dam meramalkan sesuatu perlakuan.
Sebagai contoh :  dengan memahami suatu tingkah laku dan sebab berlakunya tingkah laku tersebut maka tingkah laku yang negatif boleh diganti dengan tingkah laku yang positif dengan cara menggalakkan pelajar melakukan aktiviti- aktiviti yang berfaedah.

   Implikasi psikologi pendidikan kepada guru.
Terdapat beberapa implikasi penting ilmu psikologi pendidikan kepada guru yaitu :
·         Faedah utama psikologi pendidikan kepada para pendidik adalah membolehkan mereka lebih memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian,membantu pelajar memahami diri mereka sendiri serta merumuskan langkah- langkah supaya pelajarnya dapat mencapai pembelajaran objektif yang ditetapkan.
·         Melalui kajian pertumbuan dan perkembangan manusia,pendidik dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar daripada segi fizikal,kognitif,sosial dan emosi.Oleh karena itu,pendidik dapat merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar.


  Rumusan :
Oleh karena itu,subjek psikologi pendidikan ini perlu dibekalkan kepada guru karna tugasnya bukan hanya menyampaikan ilmu,tetapi melahirkan seorang manusia yang sempurna dan baik budi pekertinya serta bertanggungjawab kepada keluarga,bangsa dan agama .

Jumat, 28 Januari 2011